Us

Us

Tuesday, November 30, 2010

Born

30 Jun 1988 - Tepat pada pukul 4.32 pagi di Hospital Universiti aku selamat dilahirkan dan mula melihat dunia yang serba indah ini hasil ciptaan-Nya. Aku diberi nama Zulhilmi dan berbinkan Norhisam yang merupakan Ayah aku. Kamsinar pula adalah orang yang melahirkan aku. Walaupun aku selamat dilahirkan namun aku mempunyai masalah pada paru - paru dan kerongkong. Doktor - doktor pelatih hampir menjadikan aku sebagai bahan ujikaji untuk mengetahui apakah penyakit tersebut tetapi oleh kerana perasaan tidak sampai hati melihat aku diperlakukan begitu. Ibu dan Ayah ku membawa ku pergi dari hospital tersebut dengan alasan ingin membawa ku ke kampung halaman yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Jika aku di bedah pada masa itu, peratus untuk aku bernafas lebih lama adalah tipis dan sekiranya benar - benar aku dibedah. Terdapat pelbagai konflik ketika itu dan ku tahu banyak perkara bermain di dalam fikiran Ibu dan Ayah Aku dibawa ke Klinik Huang di Kelana Jaya kerana ibu dan Ayah percaya pada doktor pakar di klinik itu. Doktor menyarankan aku diberi minum susu Isomil kerana mempunyai khasiat yang diperlukan untuk aku. Hari demi hari, aku semakin sihat dan aktif seperti kanak - kanak lain yang sihat dan tidak mempunyai masalah. Penyakit yang aku alami itu hanyalah sementara. Aku bersyukur sangat ke hadrat Ilahi kerana memberi aku peluang untuk meneruskan kehidupan ku di atas dunia ciptaan-Nya. Kepada Ibu dan Ayah.. Terima Kasih kerana menyelamatkan ku dari menjadi kepada perkara yang tidak pasti. Diriku berfikir sejenak ketika sedang menulis blog ini. Adakah aku akan selamat tanpa sebarang masalah atau hanya menjadi bahan ujikaji dan dikorbankan sekiranya aku dibedah ketika itu??? Persoalan yang tidak mungkin terjawabkan? Hanya Allah yang lebih mengetahui..

No comments:

Post a Comment